FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah
suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi
inidvidu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.Usaha ini adalah
bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
FALSAFAH SEKOLAH
Pendidikan adalah hak seluruh masyarakat yang boleh dinikmati oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira keturunan dan kepercayaan. Bahawa pendidikan akan membentuk insan untuk hidup harmonis dalam pelbagai rumpun bangsa yang boleh bertindak dan bergerak bersama melalui kerjasama, keperihatinan, dedikasi dan bersikap toleransi. Sesungguhnya pendidikan adalah usaha yang berterusan bagi mengembangkan potensi individu ke arah kecemerlangan insan yang berilmu dan berakhlak mulia.
|